Pembiakan Pangling hitam

Anak burung Pangling Hitam di Australia

Burung Pangling Hitam membina sarang menggunakan mensiang atau rumput, tetapi turut menggunakan kertas atau plastik berhampiran gigi air atau halangan menjulur dari permukaan air, bertelur sehingga 10 biji telor, kadang kala 2 hingga 3 kali satu musim. Biasanya hanya beberapa ekor yang terselamat. Mereka biasanya menjadi mangsa kepada burung seperti burung Heron dan burung Camar.

Burung Pangling Hitam boleh jadi kejam terhadap anak mereka di bawah tekanan seperti kekurangan makanan. Ia akan menggigit burung muda yang meminta makanan dan mengulangnya sehingga ia berhenti meminta dan mati kelaparan. Sekiranya anak burung terus meminta, anak burung tersebut mungkin akan dipatuk sehingga mati.[3]

Berkaitan